Wednesday 15 October 2008

Kawan baru lagi...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,


CAMMPS ingin mengalu-alukan kedatangan pasangan suami isteri Saudara Halian Fadzli Shah bin Ab Halim dan Saudari Mazlin Haznee Mahmud ke Cambridge. Pasangan ini sedang mengikuti program MPhil di Cambridge, Mazlin dalam Commercial Law manakala suaminya dalam Environmental policy.


Selamat datang ke Cambridge....


Terima kasih.

Wassalam

FATIN ALIAH PHANG BINTI ABDULLAH

Faculty of Education
University of Cambridge

Thursday 9 October 2008

Pelajar baru di Cambridge University...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada Saudari Fatimah Abdul Razak dan bertugas dengan UKM. Beliau mengambil subjek Maths Part III di New Hall.

Wassalam,

FATIN ALIAH PHANG BINTI ABDULLAH
Faculty of Education
University of Cambridge

Saturday 4 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008







4hb. Oktober 2008 - CAMMPS bersama-sama keluarga mereka telah berkumpul di rumah Saudara Hisham sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri 2008. Semua yang hadir ke majlis tersebut telah membawa juadah masing-masing.

Antara juadah tradisi Hari Raya ialah satay goreng & kuah kacang, soto, rendang, roti jala, sardin gulung, popiah, samosa, kek coklat, kek birthday (Millies), biskut raya, kuih apam & air cincau.

Sambutan tersebut telah dijalankan dalam suasana meriah dikalangan warga Malaysia Cambridge dan juga tetamu dari luar negara. Turut hadir ialah pelajar baru PhD, Saudara Azree Shahrel Ahmad Nazri dan MPhil, Saudara Aliff Mohamad. CAMMPS ingin mengucapkan selamat datang .

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kami semua.


-Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin-

Hakimi Mohd Yusof
Penghulu

Wednesday 6 August 2008

Selamat tinggal.....Cambridge





Ruangan ini ditujukan khas buat kawan-kawan yang telah meninggalkan Cambridge untuk kembali bertugas di Malaysia. Terima kasih & jumpa lagi nanti. Kepada Saudari Nadiah, Saudara Imran Yusuff, Dr. Hazim, Dr. Ahmad Kueh, Dr. Iskandar, Dr. Amir Raslan, Dr. Intan, Saudara Mohammad, Farouk & Ustaz Salehan kami doakan agar semua selamat maju jaya.

Hakimi Mohd Yusof
Penghulu

Monday 23 June 2008

Hari Keluarga CAMMPS di Lake District







-Gambar sumbangan dari Zue/Sham

20-22 Jun 08 - Cambridge Malaysian Muslim Postgraduate Society telah berjaya menganjurkan satu lawatan ke Lake District . Seramai 13 ahli CaMMPS berserta keluarga telah menyertai lawatan tersebut. Tujuan diadakan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli persatuan.

Tiga pegawai daripada Malaysian Student Departmant (MSD) London turut hadir semasa lawatan tersebut, Pengarah MSD, Encik Ahmad Nazri Sulaiman, Puan Suzana Mohd Ali dan Ustaz Mohd Erfino Johari. Ahli-ahli persatuan merasa berbesar hati atas kesudian Encik Ahmad Nazri untuk merasmikan persatuan yang baru ditubuhkan pada Januari 2008. Selain daripada itu, ketiga-tiga pegawai MSD dapat berkenalan dengan ahli-ahli persatuan yang hadir.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa di Lake District antaranya adalah mengadakan barbeku pada hari pertama lawatan. Pada hari kedua, lawatan satu hari ke Lake Windermere dilakukan di mana ahli-ahli menaiki feri mengelilingi tasik tersebut. Majlis perasmian persatuan diadakan pada malam kedua. Semasa ucapan perasmian, Encik Ahmad Nazri menerangkan mengenai misi dan visi MSD. Di samping itu beliau menasihatkan kepada ahli persatuan agar dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara apabila tamat pengajian. Beliau juga menyatakan hasrat MSD untuk menganjurkan program-program yang akan melibatkan ahli-ahli CaMMPS.


Secara keseluruhannya, lawatan ke Lake District tersebut telah mencapai objektifnya.

Disediakan oleh:

Zarina Zainuddin
Setiausaha CAMMPS

Saturday 19 April 2008

Oxford Mini Plant Trip



19hb April 2008 - CAMMPS telah mengadakan lawatan sambil belajar di Mini Plant Oxford. Kami telah membuat booking tour di BMW Mini Plant di Oxford 3 bulan sebelum ini.

Tour ini memakan masa lebih kurang 2 jam dan kami dibawa keseluruh kilang ini tetapi tidak dibenarkan masuk ke Paint Shop, atas sebab-sebab tertentu. Kami diminta untuk memakai kot lab dan memakai goggles keselamatan. Di kilang ini, lebih kurang 600 kereta Mini dibina setiap hari dan boleh dikatakan 90% kilang ini diautomasikan melalui penggunaan robot. Banyak model mini dapat dilihat seperti Mini One, Cooper, Cooper S, dan Clubman.

Keseluruhannya, kami dapat melihat proses pembuatan Mini Cooper dari stamping hingga ke QC. Insyallah, pada masa hadapan banyak lagi lawatan akan dibuat.


Penghulu