Monday 23 June 2008

Hari Keluarga CAMMPS di Lake District







-Gambar sumbangan dari Zue/Sham

20-22 Jun 08 - Cambridge Malaysian Muslim Postgraduate Society telah berjaya menganjurkan satu lawatan ke Lake District . Seramai 13 ahli CaMMPS berserta keluarga telah menyertai lawatan tersebut. Tujuan diadakan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli persatuan.

Tiga pegawai daripada Malaysian Student Departmant (MSD) London turut hadir semasa lawatan tersebut, Pengarah MSD, Encik Ahmad Nazri Sulaiman, Puan Suzana Mohd Ali dan Ustaz Mohd Erfino Johari. Ahli-ahli persatuan merasa berbesar hati atas kesudian Encik Ahmad Nazri untuk merasmikan persatuan yang baru ditubuhkan pada Januari 2008. Selain daripada itu, ketiga-tiga pegawai MSD dapat berkenalan dengan ahli-ahli persatuan yang hadir.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa di Lake District antaranya adalah mengadakan barbeku pada hari pertama lawatan. Pada hari kedua, lawatan satu hari ke Lake Windermere dilakukan di mana ahli-ahli menaiki feri mengelilingi tasik tersebut. Majlis perasmian persatuan diadakan pada malam kedua. Semasa ucapan perasmian, Encik Ahmad Nazri menerangkan mengenai misi dan visi MSD. Di samping itu beliau menasihatkan kepada ahli persatuan agar dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara apabila tamat pengajian. Beliau juga menyatakan hasrat MSD untuk menganjurkan program-program yang akan melibatkan ahli-ahli CaMMPS.


Secara keseluruhannya, lawatan ke Lake District tersebut telah mencapai objektifnya.

Disediakan oleh:

Zarina Zainuddin
Setiausaha CAMMPS