Wednesday 24 November 2010

Laporan Mesyuarat CAMMPS Bil 03/2010, 20 November 2010


Sambutan majlis Hari Raya Aidiladha 2010 telah disambut dengan suasana meriah di Brandon. Majlis kali ini telah diadakan di luar bandar Cambridge iaitu di rumah pasangan suami isteri Saudara.Suryadean dan Puan Anis Adillah Atan. Berbagai juadah hidangan disediakan oleh ahli CAMMPS, antaranya nasi impit, kuah kacang, sate goreng, pulut kuning, rendang, sushi, nasi lemak, ayam masak merah, mihun sup, tiramisu, kek dan pelbagai lagi.

Majlis bermula selepas zuhur dan berakhir lebih kurang jam 5 petang. Berikut merupakan laporan meeting Bil. 03/2010 yang diadakan semasa sambutan hari raya tersebut:

1. Tuan Penghulu, Saudara Azree merakamkan ucapan terima kasih kerana kesudian semua ahli yang hadir dengan membawa pelbagai juadah menarik dan lazat. Ucapan penghargaan kepada host iaitu Saudara Suryadean dan Puan Anis Adillah Atan kerana kesudian menerima tetamu untuk sambutan hari raya kali ini.

2. Sebagai memeriahkan lagi suasana, tuan penghulu telah menjalankan beberapa kategori undian,di antaranya adalah Kategori Lelaki Idaman, Kategori Wanita Idaman dan Kategori Cook Terbaik. Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori yang telah dibuat undian pada hari tersebut.

Kategori Lelaki Idaman - Encik Fairus
Kategori Wanita Idaman - Puan Azlin Zainal
Kategori Cook Terbaik - Puan Asma ( menu ayam masak merah )
Semua ahli CAMMPS berpuashati dengan keputusan undian tersebut. Hadiah akan diberi kepada pemenang nanti.




3. CAMMPS juga telah mencadangkan untuk mengadakan sukan bowling bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Sukan tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Januari atau Februari 2011.

4. Tuan Penghulu memaklumkan untuk mengadakan Family Day dan BBQ pada pertengahan tahun hadapan di mana juga merupakan pertukaran AJK baru. Cadangan tempat ialah di Brandon.

5. Selain itu, tuan penghulu mengusulkan untuk mengumpul dana bagi tabung CAMMPS dari UMNO London dan perkara ini masih lagi dalam proses pengusulan.

6. Tuan penghulu meminta untuk setiap ahli membuat tuntutan perbelanjaan bagi makanan yang dibawa hari tersebut kepada Bendahari.

7. Majlis berakhir dengan solat Asar berjemaah.


Sekian sahaja laporan untuk kali ini,
Saya yang menurut perintah,
- Azwanis -

Tuesday 21 September 2010

Laporan Mesyuarat CAMMPS. Bil 02/2010 September 11, 2010



Assalamualaikum kepada semua warga CAMMPS,

Meeting kali kedua telah diadakan selepas majlis jamuan raya di rumah saudara Fairus dan Asma dan saya bagi Tuan Penghulu, SaudaraAzree Shah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penyertaan dan sumbangan berbagai makanan serta minuman bagi menjayakan majlis raya yang telah diadakan.



Berikut merupakan laporan meeting bilangan 02/2010 :
1. Ucapan terima kasih
Tuan Penghulu mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada saudara Fairus dan Asma kerana kesudian untuk menyediakan tempat bagi sambutan majlis hari raya aidilfitri serta kepada Encik Chyyp dan Puan Azlin Sabtu di atas open house yang mereka adakan pada hari raya pertama.

2. Sesi pengenalan diri pelajar baru
Pihak CAMMPS mengucapkan selamat datang kepada seorang pelajar baru PhD Plant Sciences iaitu Nur Izzati yg menyambung pengajiannya di Cambridge University.

3. Giliran untuk organize sebarang event persatuan CAMMPS.
Mesyuarat memutuskan untuk mengambil kira setiap ahli bertanggungjawab untuk mengendalikan tempat bagi tujuan sebarang aktiviti persatuan secara giliran tidak kira bujang atau berkeluarga. Tuan penghulu memaklumkan supaya ada rasa tanggungjawab di kalangan ahli serta tidak semestinya tempat yang dipilih itu di bilik kolej dan boleh mencari mana mana hall atau ruang yang sesuai di kawasan universiti.

4. Majlis Aidiladha
Sambutan untuk majlis raya haji telah dipersetujui untuk diadakan di kediaman Puan Anis Adilah dan Encik Din. Sebanyak GBP5.00 akan dikutip oleh bendahari bagi tujuan majlis tersebut. Beberapa menu akan disediakan oleh ahli-ahli persatuan dan akan dibincangkan kemudian.

5. Hadiah untuk Encik Chyyp dan Puan Azlin Sabtu
Memandangkan En Chyyp dan Pn Azlin Sabtu akan kembali ke Malaysia pada hujung September 2010,maka encik penghulu mencadangkan supaya pemberian hadiah kepada pasangan suami isteri ini dan beliau meminta bendahari membantu dari segi kutipan duit dan penyediaan hadiah.

6. Encik penghulu berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli bagi menjayakan majlis hari raya ini dan CAMMPS akan mengadakan sekali lagi sambutan hari raya sempena Aidiladha yang akan dibincangkan kelak.

Sekian, terima kasih

Azwanis Anis
Setiausaha CAMMPS

Tuesday 14 September 2010

Logo CAMMPS


Assalamualaikum Warga CAMMPS,

Di atas merupakan logo Persatuan Cambridge Muslim Malaysian Postgraduate (CAMMPS).
Logo ini telah direka oleh pasangan Azreee Shah & Azwanis Anis. Untuk pengetahuan, En Azree Shah merupakan tuan penghulu bagi Sesi 2010/2011.



Wednesday 15 October 2008

Kawan baru lagi...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,


CAMMPS ingin mengalu-alukan kedatangan pasangan suami isteri Saudara Halian Fadzli Shah bin Ab Halim dan Saudari Mazlin Haznee Mahmud ke Cambridge. Pasangan ini sedang mengikuti program MPhil di Cambridge, Mazlin dalam Commercial Law manakala suaminya dalam Environmental policy.


Selamat datang ke Cambridge....


Terima kasih.

Wassalam

FATIN ALIAH PHANG BINTI ABDULLAH

Faculty of Education
University of Cambridge

Thursday 9 October 2008

Pelajar baru di Cambridge University...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Kami ingin mengucapkan selamat datang kepada Saudari Fatimah Abdul Razak dan bertugas dengan UKM. Beliau mengambil subjek Maths Part III di New Hall.

Wassalam,

FATIN ALIAH PHANG BINTI ABDULLAH
Faculty of Education
University of Cambridge

Saturday 4 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008







4hb. Oktober 2008 - CAMMPS bersama-sama keluarga mereka telah berkumpul di rumah Saudara Hisham sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri 2008. Semua yang hadir ke majlis tersebut telah membawa juadah masing-masing.

Antara juadah tradisi Hari Raya ialah satay goreng & kuah kacang, soto, rendang, roti jala, sardin gulung, popiah, samosa, kek coklat, kek birthday (Millies), biskut raya, kuih apam & air cincau.

Sambutan tersebut telah dijalankan dalam suasana meriah dikalangan warga Malaysia Cambridge dan juga tetamu dari luar negara. Turut hadir ialah pelajar baru PhD, Saudara Azree Shahrel Ahmad Nazri dan MPhil, Saudara Aliff Mohamad. CAMMPS ingin mengucapkan selamat datang .

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kami semua.


-Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin-

Hakimi Mohd Yusof
Penghulu

Wednesday 6 August 2008

Selamat tinggal.....Cambridge





Ruangan ini ditujukan khas buat kawan-kawan yang telah meninggalkan Cambridge untuk kembali bertugas di Malaysia. Terima kasih & jumpa lagi nanti. Kepada Saudari Nadiah, Saudara Imran Yusuff, Dr. Hazim, Dr. Ahmad Kueh, Dr. Iskandar, Dr. Amir Raslan, Dr. Intan, Saudara Mohammad, Farouk & Ustaz Salehan kami doakan agar semua selamat maju jaya.

Hakimi Mohd Yusof
Penghulu