Wednesday 24 November 2010

Laporan Mesyuarat CAMMPS Bil 03/2010, 20 November 2010


Sambutan majlis Hari Raya Aidiladha 2010 telah disambut dengan suasana meriah di Brandon. Majlis kali ini telah diadakan di luar bandar Cambridge iaitu di rumah pasangan suami isteri Saudara.Suryadean dan Puan Anis Adillah Atan. Berbagai juadah hidangan disediakan oleh ahli CAMMPS, antaranya nasi impit, kuah kacang, sate goreng, pulut kuning, rendang, sushi, nasi lemak, ayam masak merah, mihun sup, tiramisu, kek dan pelbagai lagi.

Majlis bermula selepas zuhur dan berakhir lebih kurang jam 5 petang. Berikut merupakan laporan meeting Bil. 03/2010 yang diadakan semasa sambutan hari raya tersebut:

1. Tuan Penghulu, Saudara Azree merakamkan ucapan terima kasih kerana kesudian semua ahli yang hadir dengan membawa pelbagai juadah menarik dan lazat. Ucapan penghargaan kepada host iaitu Saudara Suryadean dan Puan Anis Adillah Atan kerana kesudian menerima tetamu untuk sambutan hari raya kali ini.

2. Sebagai memeriahkan lagi suasana, tuan penghulu telah menjalankan beberapa kategori undian,di antaranya adalah Kategori Lelaki Idaman, Kategori Wanita Idaman dan Kategori Cook Terbaik. Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori yang telah dibuat undian pada hari tersebut.

Kategori Lelaki Idaman - Encik Fairus
Kategori Wanita Idaman - Puan Azlin Zainal
Kategori Cook Terbaik - Puan Asma ( menu ayam masak merah )
Semua ahli CAMMPS berpuashati dengan keputusan undian tersebut. Hadiah akan diberi kepada pemenang nanti.




3. CAMMPS juga telah mencadangkan untuk mengadakan sukan bowling bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Sukan tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Januari atau Februari 2011.

4. Tuan Penghulu memaklumkan untuk mengadakan Family Day dan BBQ pada pertengahan tahun hadapan di mana juga merupakan pertukaran AJK baru. Cadangan tempat ialah di Brandon.

5. Selain itu, tuan penghulu mengusulkan untuk mengumpul dana bagi tabung CAMMPS dari UMNO London dan perkara ini masih lagi dalam proses pengusulan.

6. Tuan penghulu meminta untuk setiap ahli membuat tuntutan perbelanjaan bagi makanan yang dibawa hari tersebut kepada Bendahari.

7. Majlis berakhir dengan solat Asar berjemaah.


Sekian sahaja laporan untuk kali ini,
Saya yang menurut perintah,
- Azwanis -

2 comments:

ChyPp said...

best nya tgk korg beraya...really miss those days when we were there..

THE FIGHTER said...

Alhamdulillah, dapat juga tinggalkan komen kat blog ni... Sy seorang pelajar lepasan spm, sy berkeinginan utk mlanjutkan pelajaran ke UoCambridge...tetapi sy tak thu nk rujuk siapa... semalaman sy cari alumni UoCambridge... harap ada yg sudi balas... email.. m.faiqhaziq@gmail.com